Terima Kasih! Thank you!

Terima Kasih! Thank you!

Wednesday, December 25, 2013

Ke Langkawi Dengan Kereta Sendiri - Langkawi RORO




Di sini saya nak share di mana bukan semua orang tahu yang di Kuala Perlis sekarang menyediakan pengangkutan kenderaan sendiri ke Langkawi.

Di Kuala Kedah juga ada menyediakan perkhidmatan ini tetapi kenderaan bergerak secara berasingan dari empunya kenderaan. Contoh : Kenderaan akan dihantar awal sehari atau lewat sehari bergantung samada anda pergi dahulu ke Langkawi atau pergi kemudian ke Langkawi. Pada saya ini amat melecehkan. Saya perlu pulak mengangkut beg2 untuk naik feri dan angkut semula beg2 ke kenderaan saya semula.

Di Kuala Perlis, saya tak perlu risau kerana saya terus ke Langkawi dengan kereta saya dan tak perlu risau untuk mengangkut beg kesana kemari. Untuk pengetahuan semua, Feri Kenderaan itu hanya bergerak dua kali sahaja sehari...Sekali dari Langkawi ke Kuala Perlis dan sekali dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Jadual pergi dan balik serta harga bagi bayaran setiap kenderaan tersebut boleh dilayari disini : Langkawi RORO

Jadual balayar feri adalah bergantung kepada pasang dan surut air laut dan dah tentunya jadual tersebut akan berubah-ubah pada setiap bulan.

Apa yang anda perlukan adalah hanya emailkan Salinan Geran kepada yang berkenaan sahaja..3 hari sebelum anda sampai ke Kuala Perlis.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melayari di laman web di atas.

Sekian. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment