Sila lah layan gambar di bawah ni untuk pengetahuan am semua. Gambar ni pun bukan mudah nak dapat so saya kongsikan bersama dengan anda semua.
Terima Kasih! Thank you!
Sunday, February 27, 2011
Gambar Haji tahun 1953 ( Rare picture )
Di sini saya bawakan untuk anda tentang betapa mudahnya untuk mnegerjakan haji pada zaman sekarang berbanding pada zaman dahulu.....
Sila lah layan gambar di bawah ni untuk pengetahuan am semua. Gambar ni pun bukan mudah nak dapat so saya kongsikan bersama dengan anda semua.
Sila lah layan gambar di bawah ni untuk pengetahuan am semua. Gambar ni pun bukan mudah nak dapat so saya kongsikan bersama dengan anda semua.
Saturday, February 5, 2011
Fakta Benar Menghidu Gam ( True Story )
Salam Sejahtera kepada semua...
Haaa....di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang fakta benar mengenai menghidu gam atau penghidu gam....
Tentu korang semua biasa mendengar tentang affect menghidu gam ni...ada yang tahu yang kita akan ketagihan dan macam-macam lagi lah.....ok...apa yang saya
ingin berkongsi di sini adalah fakta benar yang saya dapat sendiri dari penghidu gam tersebut...mungkin ada yang korang tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun....
Untuk memulakan cerita ni adalah lebih baik saya tidak menyebut nama si penghidu gam tersebut bagi mengelak dari mengaibkan dia dan saya akan menceritakan
kisah dia dengan memakai ganti nama iaitu 'aku' seolah2 dia yang menceritakan tentang hidu gam ni...
Kisah ini bermula pada awal 90an di mana Aku masih lagi seorang pelajar sekolah menengah. Aku menpunyai ramai kawan dan juga mempunyai keluarga yang menyayangi Aku. Oleh kerana salah memilih kawan maka aku terjerumus ke dalam kancah menghidu gam ini. Namun disebabkan oleh 'sesuatu' ( aku ceritakan kemudian...baca lah hingga bawah ) Aku kini menjadi seorang lelaki yang tegap dan sihat dan tidak lagi menghidu gam.
Seperti remaja-remaja sekarang, Aku seorang yang lasak dan sering merayau dengan kawan-kawan demi mengisi masa lapang Aku setelah habis masa sekolah. Salah satu kegiatan yang aku gemari adalah bermain basikal BMX. Di depan taman rumah Aku ada hutan kecil yang di sebelahnya ada sebatang sungai. Hutan tersebut kami telah sama-sama kemaskan dengan menebang beberapa pokok dan mencabut rumput lalang di dalam hutan tersebut bagi membolehkan kami membuat trek BMX.
Kalau dari depan hutan tersebut memang tak nampak apa-apa tapi kalau masuk ke dalam hutan tersebut maka memang akan nampak trek BMX kami yang siap dengan bukit kecil untuk kami melompat bersama BMX kami.Untuk pengetahuan korang Aku memang telah di expose tentang menghidu gam ini. Aku tahu tentang hidu gam ni dari cerita dan iklan di TV. Tapi sebabkan sikap ingin tahu ( yang ini lah puncanya ) maka Aku telah mencuba menghidunya.
Seperti yang Aku cerita tadi, pada seuatu petang sedang Aku bermain BMX, salah seorang dari kawan Aku telah membawa gam basikal cap matahari. Pada mulanya Aku ingatkan dia ingin menampal tayar yang bocor tapi dia telah meletakkan cecair gam tersebut ke dalam plastik ( pembungkus air minuman ) dan dia telah
menghembus plastik tu hingga kembung dan tanpa melepaskan dari mulut dia, dia menyedut semula udara yang telah di hembus kedalam plastik tadi. Setelah dia menyedut udara tu, Aku lihat dia macam 'Stim' dan bercakap macam orang hisap dadah....dalam hati aku berkata gila mamat ni....aku terus kan bermain BMX tanpa mempedulikan dia....lantak kau lah...
Kegiatan mamat tu berlaku beberapa minggu sehingga naluri muda Aku ingin tahu apakah rasa hidu gam ni....sebab aku pelik...kata hidu gam ( pakai hidung patutnya ) tapi ini macam sedut gam (pakai mulut)....hmmm....pelik-pelik....kalau dulu sorang ajer kawan Aku yang hidu gam ni dan sekarang dah 4 orang.....sewaktu Aku memandang diaorang seronok menghidu gam....kawan Aku tu pun offer lah Aku untuk menghidu gam tersebut. Aku pun apa lagi sedut lah (aku ulang semula ye..sikap ingin tahu yang menyebabkannya )....waktu first time aku hembus dah sedut tu....peerrrgghhh....perit tu tekak aku.....sakit sikit...sampai aku terbatuk sedikit...rasa perit tu...tapi sebab ingin tahu.....aku buat lagi sekali hembus dan sedut....tapi kali ni perit tu dah berkurangan....dan lepas tu hilang....rasanya.....nak tahu rasanya??? lepas sahaja aku sebut gam tu....kepala aku jadi berat macam nak tumbang....rasa macam berpusing-pusing....kira adrenalin lah.....Aku jadi seronok....rasanya macam kita berpusing-pusing setempat lepas tu kita kan terhoyong-hayang.....macam tu lah....
Waktu tu tak ada affect yang strong...lebih kepada terhoyong-hayang ajer....tapi setelah beberapa kali aku hisap...aku ada rasakan affect yang membuatkan ramai remaja gilakan untuk menghisap gam ini.....benda ini cukup real....macam seolah-olah benar-benar terjadi.....ada sekali tu aku sedang hidup gam ni.....masa tengah baik punya layan....aku menutup mata sebelah sambil aku memandang awan di langit....dan aku cuba capai awan tu dengan tangan aku....tadaaaa....memang waktu tu aku terasa tangan aku jadi panjang dan mencapai awan tu.....panjang betul tangan aku tu sampai aku jadi cemas......aku menjerit dan menggosok mata aku then aku lihat tangan aku dah macam biasa....fuhhhh....macam tu sekali affect dia......
Ada lagi affect dia....esok tu pulak aku sedut benda gam ni lagi....layan beb...kita dah start ketagih lah ni....padan muka aku.....di seberang sungai tu ada kilang papan dan di sekeliling kilang papan tu ada beberapa batang pokok kelapa yang dah tak ada daun dah buah lagi...kira batang kelapa mati lah.....masa aku sedang layan gam tu....aku pandang lah kilang papan tu....sambil aku berfikir yang kilang papan tu macam kilang nuklear.....tiba-tiba aku nampak keluar kepulan asap keluar dari corong pokok kelapa tu...tapi waktu tu aku dah tak terfikir dah yang tu pokok kelapa sebab aku dah nampak macam serombong asap....sedang aku tengok asap tu keluar....tetiba ada siren berbunyi dan akuu terdengar laungan berbunyi 'intruder' 'intruder'....dan aku nampak ada satu laser keluar dari kilang tu menghala kearah aku....aku apalagi...melompat dari berlari menyelamatkan diri....sambil menjerit tolongggg....sedang aku berlari tu...kengkawang aku mengejar aku dan menangkap aku yang dalam keadaan cemas dan bertanya kenapa.....aku cakap lah ada laser kejar aku....mereka semua ketawa besar sebab mana ada laser kejar aku......waktu tu baru aku sedar...itu kilang papan...bukan kilang nuklear....haaaa..pada muka aku...yang aku
dengar bunyi siren tu pulak...adalah bunyi menandakan waktu makan diaorang....haaaaaa.....sampai macam tu sekali realnya bila sedut gam ni..
Ada lagi....korang tahu lah...hutan kecil...mana ada cantik...gelap adalah....waktu aku tengah layan gam ni....aku terfikir lagi...alangkah cantiknya kalau hutan ni ada bunga...lepas ajer befikir macam tu....aku boleh nampak bunga tumbuh dari pokok-pokok di situ...punya lah real.....cantik tu....warna warni lagi.....dalam hati aku berkata 'biar benar'....aku gosokkan mata aku dan aku lihat sekeliling...bunga tu dah tak ada dah.....tu dia penangan gam tu....semakin seronok lah aku....bayang itu bayang ini......itu pasal aku....macamana pula dengan kengkawan aku....ada sekali tu sorang kawan aku...sedang dia asyik sedap sedut gam tu....sampai meleleh air liur...( meleh air liur tu maknanya dia dah 'high' ).....aku suruh dia tanggalkan seluar dan menari.....dengan tak banyak soal dia tanggalkan seluar dia dan menari ala-ala tiger show...ha ha haha....seronok kitaorang pekena kan dia......ada lagi sorang kitaorang kenakan.....dia sedang baring atas tanah sambil sedut gam....kitaorang cakaplah yang dia berada atas laut dan suruh dia berenang.....terus ajer dia berenang atas tanah tu macam dia sedang berenang dalam laut....habis kotor baju budak tu......ada lagi macam-macam kitaorang kenakan pada setiap kawan kami tu....enjoyyyy....
Apa yang aku cuba sampaikan ialah...masa sedut gam tu...apa saja yang di bayangkan akan jadi....macam real...korang tahu orang yang hidu gam ni...dia akan lapar...lepas ajer selesai aktiviti tu...aku rasa lapar....bila lapar aku balik rumah lah....aku makan sampai ibu aku terkejut sebab aku boleh makan habis satu periuk....haaa..tu dia satu lagi penangan hidu gam.....tapi korang tahu.....badan aku tak naik-naik pun walaupun makan dengan banyak....badan aku semakin kurus adalah....tentu korang tertanya...mulut takkan tak berbau gam?? mana nya tak berbau....berbau kuat tu....ada sekali tu ibu aku tanya mana datang bau gam tu...aku cakap lah bau gam tu datang dari jiran sebelah yang memang kebetulan kerja dia merepair basikal...( bukan kedai ). Kira dia buat kerja part time repair basikal....sampai ada sekali tu aku terkantoi dengan ibu aku....dia ternampak aku sedang sedut gam tu dalam bilik....mengelupur lah aku minta maaf dan jangan dia adukan hal ni pada ayah aku....ayah aku garang gila...kalau tak di hinggapnya tali pinggang atau getah paip pada badan aku kira tak settle lagi marah dia......nasib baik ibu aku sembunyikan hal ni dengan syarat aku stop dari hidu gam.....
Beb....mana boleh tahan....hidu gam sedappp....aku buat lagi tapi aku dah tak buat dalam bilik dah....aku buat di tempat biasa ajer....dalam hutan tu....hmmm...tentu korang tertanya mana aku dapat duit beli gam??? Aku curi duit dari tabung ayah aku.....aaahh sudah...aku dah jadi pencuri lak pulak....aku sanggup tak makan di sekolah semata-mata nak simpan duit untuk beli gam tersebut....waktu tu harga gam tu Rm2.70....waktu tu kira mahallah dengan duit belanja sekolah aku hanya seringgit ajer...
Hidu punya hidu....aku semakin kurus...kegiatan mencuri semakin berleluasa dari curi tabung ke curi duit dalam wallet ayah aku pulak....aduyaiiii...makin jahanam aku jadinya....pelajaran???? tu yang pelik pelajaran aku semakin baik...yang aku pelik...apa yang cikgu ajar aku boleh ingat...tu yang aku pelik tu...keputusan periksa aku semakin baik cuma tahap kesihatan aku semakin merundun...aku sering demam dan batuk batuk.....tapi Tuhan sayangkan aku....dan tiba lah suatu malam tu sedang aku tidur lena...aku di kejutkan oleh ibu aku sebab katanya ayah aku nak bercakap dengan aku....dia sebut pasal sedut gam ni....dunia aku jadi gelap....darah naik ke atas kepala....mati lah aku kena belasah sampai lumat.....tapi tekaan aku meleset....ayah aku tak menjerit seperti biasa...belasah pun tak....tapi sebaliknya dia menangis.....dia menangis kerana dia tak sangka aku akan sampai ke tahap menghidu gam setelah sepenuhnya kasih sayang dia curahkan pada aku.....aku jadi sebak dan insaf....aku insaf bila melihat ayah aku yang begitu garang menangis menegur perbuatan aku.....sejak pada hari itu aku tekad untuk berhenti dari menghidu gam.....berhenti??? setelah dalam ketagihan??? boleh...jawapannya memang boleh berhenti...aku berhenti serta merta walaupun...nafsu aku memberontak untuk menghidu gam.....aku tak sanggup melihat ayah aku menangis lagi......
Setelah beberapa minggu akhirnya aku berjaya menghilangkan perasaan rindu aku pada gam tersebut....tapi ada satu perkara yang tragis yang buat aku rasa sedih....iaitu kawan aku.....dia meninggal dunia kerana gam.....seperti yang aku beritahu awal tadi...bila hidu gam..apa yang di suruh oleh orang korang akan buat tanpa banyak soal...ini yang terjadi pada kawan aku tu.....ceritanya begini....pada suatu hari tu....time Maghrib....kawan aku ni balik ke rumah...waktu tu 'high' dia pada gam tu masih ada...kira dalam keadaan yang 'stim' lah.....dia pun balik ke rumah.....mak dia pulak jenis mulut yang lancang....asyik nak menyumpah anak ajer....aku kenal sangat mak dia ni.....mulut laser.....waktu tu kan dah senja....sampai ajer kawan aku tu di rumah...mak dia herdik " ....kau dari mana haa??? tak reti-reti nak balik....dah nak malam baru nak balik....macam ni ke anak aku.....aku tak ada anak macam ni.....dari kau buat perangai macam ni...lebih baik kau minum racun roundup ( racun rumput) kat situ ha....tak payah nak makan minum rumah kat rumah aku ni...." ( abang kawan aku yang cakap benda ni )......apalagi...kawan aku yang tengah stim tu...terus ambil roundup tu dah minum.....apalagi mengelupur lah kawan aku tu........korang tahu.....2 minggu dia tersiksa di hospital ( ICU)....nafas dia tersekat-sekat....jantung dia berbunyi kuat....tak boleh bercakap dan akhirnya dia menghembuskan nafas dia....
Sejak peristiwa kawan aku yang meninggal dunia tu...kengkawan yang lain jugak tekad untuk berhenti dan mereka berjaya melaksanakannya....setelah beberapa tahu aku tinggalkan gam ni.....ada sekali tu aku bekerja sebagai pemasang perabut....aku terjumpa gam tu....he he eh....cuba-cuba lah hidu skit....aaaahhhh...demam aku dia buatnya....3 hari aku demam......dan sekarang aku dah bersih dari hidu gam dan aku pun dah kerja yang baik sekarang ni dan aku mengamalkan cara hidup yang sihat....alhamdulillah...Tuhan masih sayang kan aku.....
So guys...itu lah kisah kawan saya yang dahulunya penghidu gam....ini kisah benar ya...bukan cerita rekaan atau sengaja nak mereka-reka cerita....memang kisah benar....Saya harap kisah di atas akan menjadi panduan dan pengajaran kepada sesiapa yang teringin nak menghidu gam ni....actually kalau nak cerita
lagi...ada macam-macam lagi yang kawan saya ceritakan...saya meringkaskan ajer..ambil yang important ajer..karang nanti bosan pulak kan.......
So moral of the story ialah.....SIKAP INGIN TAHU/ MENCUBA biasanya lebih membawa kepada negatif dari positif....so lebih baik jangan mencuba...ingin tahu boleh...cuba jangan.....sekian untuk kali ini....Wassalam!
Subscribe to:
Posts (Atom)