Terima Kasih! Thank you!

Terima Kasih! Thank you!

Thursday, March 17, 2011

Kisah Marah itu MUDAH & Sabar itu INDAH.


Marah itu MUDAH, Sabar itu Terlalu INDAH!

  
Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Rupa-rupanya pesanan ringkas daripada kawan yang duduk satu rumah dahulu semasa di Universiti dulu.   
Lama sudah tidak berhubung sebenarnya, pelik juga tiba-tiba sahaja dapat pesanan ringkas ‘sms’ daripadanya. 
  
“Zach, doa apa yang hang  baca dulu masa lap top   hang  kena curi?” 
  
Begitu lebih kurang sms  yang dihantar kepada saya. 
  
Saya agak sibuk ketika itu,jadi saya hanya menjawab pertanyaannya tanpa banyak soal. 
  
Timbul juga pertanyaan dalam hati kecil saya, musibah apa pula yang menimpanya . Kadang-kadang orang menceritakan kepada kita yang mereka sedang berhadapan dengan masalah tanpa mahu menceritakan apakah masalah yang dihadapi kerana dengan cara itu membuatkan hati dan fikiran mereka sedikit lega. Saya tidak mahu bertanya, takut pula dikatakan ‘suka menjaga tepi kain orang.’
  
Lap top Kena Curi   
Rupanya dia masih ingat lagi cerita lap top  saya dicuri satu ketika dahulu. 
  
Lap top yang dah lama saya pakai, dicuri ketika saya keluar untuk membeli makanan di pasar malam di mana saya mengambil hanya 10 minit sahaja. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Kebiasaannya kalau lama saya ke sesuatu tempat, saya akan membawa laptop saya bersama tapi sebab sekejap sahaja maka saya tinggalkannya di dalam kereta dan lagi pun jarak pasar malam tu tak jauh pun dan ramai jugak orang parking dan lalu lalang di situ.

Tetapi kalau di takdirkan bahawa kita akan kehilangan maka hilang lah ia. Selesai sahaja membeli makanan saya pun kembali ke kereta saya dan saya amat terkejut melihat kereta saya telah berbunyi dan bila saya hampiri bonet saya telah di buka dan laptop dan segala dalam bag laptop telah di curi.   
Saya hanya menggelengkan kepala, tersenyum dalam payah, seraya melafazkan doa tersebut. 
  
Saya dapat merasakan ketenangan dan redha dengan apa yang berlaku sebenarnya anugerah Allah yang amat berharga. 
 

Hadiah Daripada ALLAH   
Seminggu lepas kejadian itu, saya telah mendapat duit dari sumber yang tidak di sangka2. Iaitu ibu saya telah memberikan saya sejumlah wang kerana dia telah menjual tanah nya di kampung di mana saya pun tak tahu yang dia ingin menjual tanah tersebut. 
  
ALLAHU AKBAR! 
  
Lap top 
 yang dicuri itu hanya berharga RM 1900, dapat yang lebih baik dan kini dengan duit yang saya dapat, saya membeli lap top yang lebih canggih berharga RM2,699.00. Tidak pernah terfikir untuk saya untuk dapat membeli lap top  semahal itu. Saya dapat membeli lap top  baru yang jauh lebih baik daripada yang dicuri dahulu. Ini saya rasakan hadiah daripada ALLAH kerana saya bersabar dengan ujian-Nya. ALLAHU AKBAR, ini baru ganjaran dunia.

Bersabarlah Wahai Teman!   
Selang seminggu, saya berjumpa dengan kawan saya tadi. Dia cerita sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah. Melibatkan kewangan terutamanya. 
  
Hutang bank~personal loan~, hutang kereta, cermin depan kereta pula pecah. 
  
Dia banyak terlibat dengan MLM/Skim dan sebagainya 
  
“Tapi benda ni mematangkan aku”(Masalah kewangan) 
  
“Lepas ni datang la apa pun depan aku, aku tak hairan dah. Mana ada nak kaya cepat ni” 
  
Saya hanya tersenyum, di dalam hati bersyukur ALLAH masih memberikan kesabaran di dalam hatinya. 
  
Berapa ramai orang seperti kawan saya itu? Bila berhadapan dengan masalah yang amat berat masih boleh think positive, merujuk pula orang tertentu untuk minta nasihat dan meminta doa jika ada. 
  
Berapa ramai yang putus asa kemudian diam-diam dalam hati menyalahkan takdir ? 
Itulah manusia, memuji ALLAH dan mengatakan ALLAH telah memuliakannya apabila diberi kesenangan tetapi merungut dan mempersoalkan tindakan ALLAH apabila diri dirundung malang dan kesempitan. 
  
Moga kita termasuk dalam golongan mereka yang beryukur bila mendapat nikmat, bersabar dan bersyukur bila ditimpa musibah. 


Doa Ketika Ditimpa Musibah   
1)   
Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah  

“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~ (HR Muslim 2/632).   
    2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha. 
  
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba- M u yang sentiasa redha dengan qada’- M u, berkatilah aku setiap apa yang telah  K au takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang K au takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah K au percepatkan untukku.
  
INGATLAH!   
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157: 
  
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 
  
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” 
  
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. 
  
Ingatlah, marah itu mudah! 
 Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. Kita marah sehingga mampu mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, nauzubiLLAH   
Dan 
  Ingatlah,sabar itu terlalu indah!  Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.   

7 comments:

  1. kebetulan mmg akak tgh marah tadi..sbb dpt notis komplen dr majlis perbandaran...jiran komplen sbb akak bela kucing...aduhhh..dah sekilo air mata keluar..

    ReplyDelete
  2. cunndaa : yo're welcome!

    Kak Pah Kepoh : sabar yer sabar...biasa lah orang...asyik tak puas hati ajer.....susah nak bagi orang senang hati....

    ReplyDelete
  3. sesuatu yg telah ditentukan pasti ada hikmah..:)

    ReplyDelete