Terima Kasih! Thank you!

Terima Kasih! Thank you!

Wednesday, December 12, 2012

PROCEDURE SAMAN AES DI MAHKAMAH




1) Setiap Orang Kena Saman [OKS] yang menerima saman mempunyai dua (2) pilihan iaitu :-
a. Membayar tawaran kompaun yang dinyatakan; atau
b. Tidak membayar kompaun.
2) Jika membayar kompaun, maka saman tersebut dianggap selesai dan OKS tak perlu hadir ke Mahkamah.
3) Jika kompaun tidak dibayar, maka OKS hendaklah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam Saman. KEGAGALAN HADIR pada tarikh yang ditetapkan, Mahkamah boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP terhadap OKS.
4) Apabila Orang Kena Saman (OKS) hadir ke Mahkamah, jurubahasa Mahkamah akan membacakan pertuduhan mengikut kesalahan yang didakwa, contohnya :-
"Bahawa kamu pada 23/09/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong [SKVE] dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor ABC 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"
Adakah kamu mengaku salah?
5) OKS mempunyai dua (2) pilihan iaitu:-
a. Mengaku salah; atau
b. Tidak mengaku salah.
6) Jika OKS mengaku salah, maka Mahkamah akan memberikan peluang kepada OKS untuk membuat rayuan hukuman dan kemudian barulah Mahkamah akan menjatuhkan hukuman.
• Hukuman di bawah Saman AES ialah denda minima RM300 dan maksima RM2000
7) Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan suatu tarikh sebutan untuk membolehkan pihak Pendakwa [JPJ] menyerahkan segala dokumen-dokumen yang akan digunakan di Mahkamah untuk membuktikan OKS melakukan kesalahan. Dokumen-dokumen dan bukti-bukti termasuk gambar, video dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk membuktikan kesalahan OKS. Selepas semua dokumen diserahkan barulah Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Selagi kes tidak dibicarakan, OKS atau kenderaan OKS tidak boleh disenaraihitam. Jika OKS diwakili peguam, semua dokumen akan diserahkan kepada peguam dan peguam boleh memohon kepada Mahkamah agar kehadiran OKS pada tarikh sebutan selepas itu dikecualikan.
 Proses perbicaraan kes Saman AES adalah sama seperti kes-kes trafik yang lain iaitu pihak Pendakwaan [JPJ] hendaklah memanggil saksi-saksi dan mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan kesalahan yang didakwa. Jika gagal, tuduhan boleh dibuang dan OKS dilepas dan dibebaskan. Jika berjaya membuktikan kesalahan, OKS akan dipanggil membela diri.
9) Jika di akhir kes, diputuskan oleh Mahkamah bahawa OKS bersalah, maka hukuman akan dijatuhkan dan hukumannya masih tertakluk kepada denda minima RM300 dan maksima RM2000. Tiada sebarang kos lain yang akan dikenakan.
KEMPEN ANTI SAMAN EKOR [KASE] dengan kerjasama JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA [JUHAM] dewan Pemuda Pas Malaysia menyediakan khidmat guaman percuma kepada semua OKS.
Hubungi KASE melalui email : kempenantisamanekor@gmail.com untuk bantuan guaman dan berikan maklumat-maklumat berikut :-
a) Nama penuh;
b) Nombor telefon untuk dihubungi;
c) Salinan saman AES atau tarikh ke Mahkamah & lokasi Mahkamah.

No comments:

Post a Comment