Terima Kasih! Thank you!

Terima Kasih! Thank you!

Thursday, October 31, 2013

Lorry Accident infront of Hospital Serdang on 30 Oct 2013

Yang peliknya...macamana camera man ni boleh tahu bila lori ni nak accident? pelik pelik....



Sunday, October 27, 2013

Berpinau Mata Aku Pikirkan Citer ni....*blink2*

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Rahmah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Rahmah adalah anak tiri Ramli.
Selepas itu bapa kepada Ramli, Razak berkahwin dengan anak tiri Ramli, Rahmah. Ini membuatkan Rahmah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Razak adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Rahmah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Ramlan. Jadi Ramlan adalah adik kepada Ramli. Tetapi Ramlan adalah anak kepada Rahmah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Ramlan adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Ramlan, adiknya.

Itu tak seberapa lagi. Pheeewwww....selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Ramzy. Sekarang Rahmah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Ramzy. Jadi ayah Ramli, Razak menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Ramzy adalah isteri kepada ayah Ramli.

Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli. Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Rahmah. Anak Ramli, Ramlan adalah sepupu kepada ayah Ramli, Razak dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... Aku sindirik naik fening tulis cerita nih..pandai-pandai korang lah... !!


Nikah Yang Lucu ( kisah benar dari seorang rakan )



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok
majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok
kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi
contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah"
suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Sampai Bila Nak Abiss Daa.......


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan

outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,

jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,

jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde

kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa

bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah

membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama

untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene

pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi

uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

JDI mengumumkan WQHD memaparkan 5.4-inci dan 6.2 inci akan datang kepada Xperia 2014 tidak lama lagi?

Japan Display Inc, sebuah konsortium yang terdiri daripada Sony, Hitachi dan Toshiba, telah mengumumkan pembangunan dua versi baru WQHD (1,440 x 2,560 piksel) resolusi TFT modul LCD Display.

Yang pertama adalah paparan 5.4 inci yang mempunyai kepadatan piksel 543ppi yang luar biasa, yang tertinggi lagi dilihat dalam telefon pintar. 

Paparan menggunakan suhu poli silikon teknologi rendah (LTPS) bagi penggunaan kuasa yang rendah serta modul nipis sesuai untuk telefon pintar. Paparan kedua langkah-langkah 6.2 inci dengan kepadatan piksel 473ppi. Mungkin kita boleh melihat ini dalam panel Xperia Z Ultra tahun depan?



sumber dari : http://www.xperiablog.net