Terima Kasih! Thank you!

Terima Kasih! Thank you!

Sunday, October 27, 2013

Berpinau Mata Aku Pikirkan Citer ni....*blink2*

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Rahmah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Rahmah adalah anak tiri Ramli.
Selepas itu bapa kepada Ramli, Razak berkahwin dengan anak tiri Ramli, Rahmah. Ini membuatkan Rahmah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Razak adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Rahmah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Ramlan. Jadi Ramlan adalah adik kepada Ramli. Tetapi Ramlan adalah anak kepada Rahmah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Ramlan adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Ramlan, adiknya.

Itu tak seberapa lagi. Pheeewwww....selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Ramzy. Sekarang Rahmah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Ramzy. Jadi ayah Ramli, Razak menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Ramzy adalah isteri kepada ayah Ramli.

Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli. Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Rahmah. Anak Ramli, Ramlan adalah sepupu kepada ayah Ramli, Razak dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... Aku sindirik naik fening tulis cerita nih..pandai-pandai korang lah... !!


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. haha.. keluarga R la senang citer.. :)

    ReplyDelete