Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan
pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal
sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan
kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal
sehingga diserang penyakit angina ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan
komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi
akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata
menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga
ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian
dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa
pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja
masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku.
Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT)
atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam
mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku
yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha
dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang
tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa
dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan
darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian
pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin
komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi
oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah
adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di
kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari
mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang,
seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan
gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki.
Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan
bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan
kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari
Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh
berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung
malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam
kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau
kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam
dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung.
Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon
dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh
darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah
beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah
di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan
mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru
sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru
setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk
terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom:
1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan:
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam
saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam
kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.
Rawatan:
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan
memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya
membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan
menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya
doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku
dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).
APA KOMEN ANDA? Betul ke tidak?
sumber : dari email kesihatan kawan.
wuuu... menakutkan!
ReplyDeletekene exercise sikit...
ReplyDeleteaku memang selalu exercise....lepas 15 minit mesti bangun dah jenjalan sekejap...than duduk semula...
ReplyDeletetkutnya..sy pulak bkal bekerja di hdpn komputer sepnjg msa dn ddlm bilik berair-cond..huk3
ReplyDeleteDont worry Chilled.....jangan duduk sepanjang masa....sesekali kena bangun dah buat senaman..jenjalan sikit..ke toilet ker...cafe ker...
ReplyDeleteisk³. lepas ni kena banyak jenjalan.
ReplyDeleteya betul....kan bila kita berjalan, semua tenaga akan di gunakan so paras kolestrol akan turun, lemak akan pecah, gula dalam darah akan stabil, peningkatan oksigen kedalam badan....kan tu semua baik untuk kesihatan kita...jom jalan...he he he
ReplyDeleteuishh....
ReplyDeletebhye btol...
tipp yg bgus..
Wowowowwwww!!!ni bahaya...😲
ReplyDelete